Monday, 1 June 2009

Projek Menangkap Ikan Dalak Hiro Dan Wira

Pada Hujung minggu, Hiro Yang sudah biasa sengan kehidupan moden telah mula pandai memandu kereta moden.Hiro sudah tidak menggunakan tenaga Qi terbangnya disebabkan terlalu menonjol dan akan menyebabkan heboh satu kawasan jika ternampak dia terbang.Dalam perjalanan Hiro dengan menggunakan kereta menuju kekampung halamannya, tiba-tiba dia menghentikan keretanya disaat terlihat kereta yang berbaris panjang dihadapannya.Pada waktu itu juga Hiro berfikir haruskah dia membuat pusing U dan menyimpan keretanya ditempat yang selamat lalu terbang kekampung halaman atau teruskan perjalanan dengan berbekalkan kesabaran...Akhirnya Hiro membuat keputusan untuk terus memandu kerana memikirkan keadaan fizikalnya terlalu lemah untuk menggunakan Qi...





Setelah sampai ke kampung halamannya Hiro merasa terlalu letih lalu dia memberi salam, kemudian masuk dan terus menumbangkan dirinya dan terus tertidur..Didalam mimpi cHiro bermimpi bahawa sahabatnya Redman memberitahunya kawasan yang dia berada pada masa itu mempunyai ikan yang unik digelar ikan Dalak.Kerana mimpinya itu Hiro terbangun lalu dilihatnya sepupunya Wira sedang duduk dihujung pintu lalu bertanya kepad Wira kerana Wira ialah pakar ikan.Lalu Wira pun menerangkan padanya bagaimana bentuk dan sifat ikan tersebut serta diajarkan bagaimana untuk mendapatkan ikan tersebut.Mula-mula Wira mengajarnya kaedah dasar iaitu menggunakan teknik KABAT.Akhirnya Hiro dan Wira pun memulakan projek mengabat ikan dalak.Caranya ialah dengan memasang kabat pada waktu air masih pasang untuk menghalang ikan untuk melepaskan diri dari parit yang akan mengering pada waktu malamnya.




Pada malamnya, Wira dan Hiro pun memulakan projek mencari ikan dalak yang tertinggal didalam parit.Dengan hanya beralatkan lampu isyarat, botol air mineral, mangkuk nujum pak belalang dan pengalaman sebagai komando cWira dan pengalaman Ninja cHiro, mereka berdua pun berjaya mendapatkan 12 ekor anak ikan dalak.Ini adalah kerana kabat yang dipasang tidak rapat dan menyebabkan ikan dalak dewasa lari keluarga..



Walaupun hanya mendapat anak ikan dalak,Wajah mereka berdua tetap gembira dan merasa seronok kerana melakukan kerja berjemaah...



Friday, 29 May 2009

Hiro Meluangkan Masa Dikampung Halamannya

Pada hujung minggu yg lalu, Hiro meluangkan masa utk merehatkan dirinya dikampung halamannya.Dgn ditemani oleh sepupunya (bukan yg bernama Wira), idea timbul difikiran mereka berdua untuk membuat sesuatu sebagai mengisi masa lapang yg sangat terluang, iaitu menangkap ikan dan ayam untuk dijadikan makan malam.Dipendekan cerita, mereka berdua berhasil mendapatkan 5 ekor ikan bakulan dan 10 ekor ayam...

Seterusnya sepupu Hiro membuat persediaan dengan menyalakan api untuk memanggang ikan dan ayam yg diperolehi.Sementera sepupunya menyalakan api, Hiro melatih dirinya untuk membiasakan diri dgn aura yg bersatu bersama alam semulajadi disana..


Setelah api menjadi bara dan bara menjadi debu, Hiro dan Sepupunya meletakkan empat ekor ikan diatas api dan sementera itu ayam yg sepuluh ekor disembelih terus diambil sayapnya utk dijadi chicken wing bakar.



Dengan gabungan Aura dan kehebatan Hiro dan sepupunya Ikan dan sayap ayam itu masak terlalu awal dari masa yg dijangka.Setelah masak dan terhidang,Terfikir pula oleh mereka berdua siapa yang akan menghabiskan ikan dan sayap ayam itu kerana mereka memanggangnya terlalu banyak.








Akhirnya seluruh keluaga yg tinggal berdekatan dipanggil untuk menjamu selera bersama-sama..









Sunday, 12 April 2009

Hiro Dan Ketua Lanun Mutiara Kuning

Setelah menjumpai Jodoh, Hiro dihalang dengan satu masalah.Tapi masalah itu hanya masalah sementera.Walau pun Jodoh dipunyai orang lain, namun Hiro tidak berputus asa untuk membuat Jodoh ingat kembali memori di Ilusi Drim.Dalam masa yang sama Hiro cuba untuk berkawan rapat dengan Jodoh dan akhirnya mereka berkawan rapat.

Dalam cerita kali itu, bukanlah hendak menceritakan macam mana Hiro merapati Jodoh, tapi cerita mengenai salah seorang sahabatnya iaitu seorang ketua lanun yang menakhodai sebuah kapal yang digelar Mutiara Kuning.Sahabatnya ini bernama Kapten Mik Separu.Kapten Mik Separu dan Mutiara Kuning digeruni lanun-lanun dan armada kapal perang yang terdapat disekitar lautan kekacangkari (CurryBean) kerana ketahanan serta kehebatan Mutiara Kuning dan kepandaian Kepten Mik Separu dalam bidang perlanunan, perang dan perkapalan serta kecekapan anak kapal membuatkan mereka kebal dan tidak ada tantangan.

Pertemuan Hiro dan Kapten Mik Separu bermula ketika Mutiara Kuning dan anak kapalnya dirampas lanun lain semasa Mik Separu berlabuh dikawasan Bukit Kuning dan Mik Separu ditinggalkan dipelabuhan itu.Tanpa Mutiara Kuning dan anak kapalnya, ditambah lagi jika berada didaratan, kehebatan Mik Separu akan berkurangan.Hiro yang merupakan seorang yang ingin menjaga keamanan itu berharap untuk menangkap kapten Mik Separu.Telah banyak cerita mengenai kapten Mik Separu yang pernah didengari Hiro.

Semasa Kapten Mik Separu berusaha untuk menjejaki Mutiara Kuningnya, dia terserempak dengan Hiro.Hiro dengan abiliti yang ada padanya dapat mengesan aura kapten Mik Separu, Lalu cuba untuk menangkapnya.Akan tetapi Kapten Mik Separu juga adalah seorang yang hebat dan pantang baginya menyerah sebelum bertarung.Maka terjadilah pertarungan yang hebat dari keduanya.kekuatan dan skill serangan mereka berdua terlalu hebat sehingga menyebabkan gegaran yang kuat disekeliling pelabuhan.Pertarungan itu berlarutan sehingga suku hari, tapi masih jua belum dapat ditentukan siapakah yang tertewas sehinggalah terjadinya insiden seorang budak lelaki hampir terjatuh ditepi pelabuhan itu.Kapten Mik Separu terlihat budak itu lalu berusaha untuk menyelamatkannya.Didalam usaha Kapten Mik Separu untuk menyelamatkan budak itu, pada waktu sama jua Hiro mendapati ada peluang untuk memenangi Kapten Mik Separu.Dengan kesempatan yang ada itu Hiro cuba untuk menangkap Kapten Mik Separu, tapi ketika menyedari Kapten Mik Separu sedang menyelamatkan seorang budak hampir terjatuh Hiro pun turut memberi bantuan dan niatnya untuk menangkap Kapten Mik Separu pun sudah hilang.Hiro merasakan Kapten Mik Separu bukanlah insan yang Jahat yang selama ini didengar oleh Hiro.Akhirnya Hiro Memutuskan untuk membiarkan Kapten Mik Separu pergi sahaja.Kapten Mik Separu tertanya-tanya dan berlalu.Sebelum Kapten Mik Separu pergi jauh, Hiro menghentikannya dan berkata kepadanya bahawa dia akan memberikan bantuan kepada Kapten Mik Separu sekiranya kapten Mik Separu memerlukan bantuan.Mulai saat itu Kapten Mik Separu dan Hiro menjadi sahabat.

Wednesday, 1 April 2009

Wira Dan Ikan Dari Jepun.

Sebuah kisah yang belum pernah diketahui awam iaitu kisah seorang lelaki yang merupakan sepupu kepada Hiro yang bernama Wira.Wira seorang insan biasa yang mempunyai karisma, kemahiran dan kehebatan yang lebih kurang seperti sepupunya, Hiro.

Wira mempunyai seorang kawan yang mempunyai beberapa ekor ikan peliharaan import.Kononnya ikan yang dipelihara itu telah didatangkan dari negara Jepun.Untuk dijadikan sebuah cerita, kawan Wira ini meminta pertolongan daripada wira untuk menjaga dan memelihara ikan-ikannya.Dengan hati yang terbuka, Wira menerima amanah itu dengan senang dan jiwa yang tidak berombak..Kawan Wira juga berpesan, jika memberikan ikan-ikan itu makan hendaklah sekali sehari pada waktu petang sahaja dan ingatkanlah ikan-ikan itu agar menjimatkan makananan mereka pada hari pertama Wira menjaga mereka.

Hari pertama menjaga ikan-ikan itu, Wira memberi mereka makan pada waktu petang dan berpesan kepada ikan-ikan itu agar berjimat.Wira merasa pelik bila melakukan hal tersebut tetapi dia hanya menjalankan amanahnya.

Pada hari kedua Wira merasa terkinjat bila mendapati ikan-ikan hanya makan separuh dari makanan yang diberikannya kemarin dan terus sahaja memberi ikan itu makanan pada kadar yg sama seperti dihari pertama dan tidak mengatakan apa-apa pada ikan-ikan itu.

Pada hari ketiga, timbul keinginan dihati Wira untuk membuat satu kajian terhadap ikan-ikan tersebut.Dia memberikan makanan pada kadar yg sama dan terus berkata kepada ikan-ikan itu, “kalau kamu ikan-ikan yang terhebat, nah cuba habiskan makanan ini sebelum masa aku sampai kesini selepas aku menyimpan bekas makanan ini”.Wira terus pergi kegudang untuk menyimpan bekas makanan dan setelah itu pergi ke kolam ikan dan didapatinya makanan ikan itu habis dimakan ikan-ikan itu.Berkata Wira didalam hati, “wah, hebat! Biar aku cuba sesuatu yang baru”.Wira mengambil sekeping papan dan arang lalu meletakkannya di tepi kolam ikan dan terus berkata, “hoi..ikan, mintak nombor”.

Dihari seterusnya, Wira merasa terkejut bercampur dengan perasaan tersindir apabila ternampak tulisan diatas papan yang bertulis ‘hoi..tak betul ke?, ikan mana boleh menulis dah’.Wira berkata dalam hatinya, “ahahaha....tidak boleh menulis konon..yang ditulis tu hapa?”

Selepas kejadian itu Wira mula bercakap-cakap dengan ikan-ikan itu, tapi setiap pertanyaan tiada jawapannya kerana ikan-ikan itu memang tidak boleh berkata-kata.Sehinggalah suatu hari, Wira didalam keletihan dan tertidur ditepi kolam ikan itu.Apabila bangun dari tidurnya hari pun sudah malam lalu berkata Wira pada ikan-ikan itu, “kenapalah kamu tidak kejutkan aku?”.Dengan tiba-tiba sahaja ada suara menyahut pertanyaan Wira itu, “oh sudah bangun rupanya.maaflah kerana tidak mengejutkan tadi kerana mungkin engkau sudah terlalu letih”.Terkejut bercampur gembira Wira berkata, “akhirnya kamu mahu bercakap dengan aku wahai ikan”.Suara tadi menjawab lagi, “hoi..hoi..ini akulah, tuan punya ikan..engkau ni mimpikah?”.Rupa-rupanya kawan Wira sudah pulang..

Sunday, 22 March 2009

Kisah Hiro Sebelum Hiro Yang Hebat Versi Nyata Tidak Nyata

Hiro dan sahabatnya seringkali membuat lawak jenaka yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Namun begitu, walau mereka tidak melakukan lawak jenaka pun, kadang-kadang apa yang dilakukan, bila dikenangkan pasti akan menjadi bahan ketawa yang lima sahabat ini sahaja yang mampu memahami kenapa ianya menjadi bahan ketawa.Perkara yang paling unik tentang Hiro dan sahabatnya ialah mereka terlalu suka melakukan perkara yang mustahil dan perkara yang orang lain tidak lakukan walaupun sesuatu yang orang lain gagal lakukan pasti akan dicuba.

Apa yang ada diatas tadi adalah untuk membuang masa pembaca yang mempunyai banyak masa untuk membaca artikel Hiro ini.Sekarang bermulalah kisah Hiro dan perjalanannya pun bermula seiring dengan peredaran zaman.Hiro hidup bersendirian sambil menjalankan misinya mencari jodoh.Untuk pengetahuan semua, Jodoh ialah nama timangan kepada seorang perempuan.Hiro dan Jodoh pernah hidup dan berteman rapat didunia ilusi drim.Mereka terpisah ketika serangan puak Naitmay yang merupakan musuh utama puak ilusi drim.Ketika serangan puak Naitmay, Hiro dan Jodoh sempat melarikan diri dengan menggunakan awansip iaitu kenderaan kecemasan yang boleh terbang sehingga sampai kebumi.Apabila awansip kami menghampiri bumi, tiba-tiba kami diserang puak Naitmay.Dengan serta merta Hiro memasukkan Jodoh kedalam kapsul kecemasan lalu mensetkan auto kordinatnya sebuah pulau yang ketiga terbesar, lalu Jodoh selamat dilepaskan, tapi Hiro sendiri tidak sempat memasuki kapsul kerana awansip meletup ditembak musuh.Dengan menggunakan tenaga luar biasa dan berpaut pada kapsul, Hiro melepaskan diri ketika letupan itu lalu terjatuh kesebuah tempat yang dipanggil Pinggiran Villa Kecil atau dalam inggerisnya Smallville.Ketika itu kapsul Hiro hampir menghempap bayi yang baru dilahirkan yang ditinggalkan dikawasan ladang.Pada ketika itu letupan terjadi dan membakar ladang itu.Untuk menyelamatkan bayi yang hampir dihempap tadi, Hiro memasukkannya kedalam kapsul kerana kapsul itu kuat dan kalis api dan kalis impak.Tidak lama setelah itu Hiro mengumpulkan tenaganya lalu menggunakan tenaga luar biasanya untuk menerbangkan dirinya ke pulau dimana Jodoh dihantar.Apabila Hiro berada dipulau itu,Hiro hanya menemui kapsul kecemasan.Dengan perasaan yang hiba, Hiro cuba menggunakan tenaga luarbiasanya untuk mengesan dimana Jodoh berada, tapi nasibnya kurang baik kerana udara dibumi tidak sesuai dengan tubuhnya sehingga dia kehilangan keseimbangan lalu terjatuh kesungai.Gabungan air,tanah dan udara dibumi menyebabkan tubuh Hiro berubah bentuk menjadi sebiji mangga lalu dihanyutkan ke muara sungai.

Dipendekan cerita, kini Hiro lahir semula di atas bumi ini dalam bentuk manusia dibumi.Walaupun berlahir semula, ingatannya tentang peristiwa dahulu masih lagi bersamanya.Pertemuan bersama sahabatnya adalah merupakan takdir yang telah tersirat dan dengan itu juga dia bertemu dengan seorang perempuan yang bernama Tipah.Tipah ialah adik kepada salah seorang dari sahabatnya.Hiro berkenan pada Tipah kerana tingkahnya tidak ubah seperti Jodoh yang suka meniup keatas apabila keraguan timbul dan mungkin itulah tanda isyarat memberitahu Hiro bahawa Tipah itu Jodohnya selama ini dicari-cari.Sungguhpun Hiro berjaya menemui Jodohnya itu, namun langit tidak selalunya cerah.Jodoh ataupun Tipah sudah mempunyai kekasih dan tidak mempunyai memori sewaktu berada di Ilusi Drim.Hiro tidak berputus asa lalu mencari ikhtiar agar Tipah ingat semula perkara yang lalu.Untuk melakukan semua itu Hiro harus mendekati Tipah dan cuba untuk memikatnya sepertimana yang pernah dilakukannya di Ilusi Drim dulu.

Kisah Sebelum Hiro Yang Hebat yang ke minus-1(Sahabat dan Cinta)

Pada zaman Edo di Jepun, tapi tidak tahu zaman apa di kawasan Asia Tenggera ketika itu.Hiro membesar bersama lima sahabat yang telah berkongsi susah senang kehidupan bersama.Hidup mereka berenam merupakan satu tauladan kepada masyarakat disekeliling mereka.Walau macam mana pun sudah menjadi lumrah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Keenam-enam sahabat ini terpisah kerana perkara yang tidak boleh dielakkan.Masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap masa depan dan keluarga masing-masing.

Setelah beberapa tahun terpisah, Hiro dan Sahabat-sahabatnya bertemu semula dan persahabatan mereka semakin erat bagaikan Isi dengan kuku, bagaikan cincin dan permata, bagaikan air sungai dan air laut.Akan tetapi salah seorang dari sahabat-sahabat Hiro masih lagi terpisah sehinggalah berakhirnya Zaman Edo.Setelah perpisahan yang terlalu lama kelima sahabat ini bertemu semula dengan masing-masing mempunyai pengetahuan, kelebihan, pengalaman serta pegangan dan Ideologi tersendiri.Sungguhpun begitu, kelainan itulah yang membawa persahabatan mereka begitu unik dan misteri.Ketika pertemuan semula itulah kelima-lima sahabat ini boleh menggunakan jurus telepati samada untuk meninggalkan pesanan ataupun untuk bercakap-cakap terus dan juga masing-masing sudah boleh mengendali mesin beroda ajaib.

Diceritakan juga bahawa terdapat dikalangan lima sahabat ini mempunyai cinta.Sungguhpun begitu lima sahabat ini kekal bersahabat kerana cinta dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza tapi memerlukan keseimbangan.Sesiapa yang boleh menyeimbangkan antara sahabat, cinta dan tanggugjawab adalah dari insan-insan yang hebat.Oleh yang demikian lima sahabat ini termasuklah dalam kaum-kaum yang hebat.