Dalam kesuraman ultra lembayung senja ini, tika tujuh bulan
menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmiz, tiba-tiba aku terkenangkan
eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama kucing montelmu menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan
kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku
erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji,mee rebus, cendol,
koridor, kotak pensil, tali kasut, pasu bunga dan karipap.Kala itu, kita bagaikan Nobita
dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat
dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Nameck itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh
penternak lipan di Burma.
Kau pergi jua ketika Brunei
sedang bersiap sedia menghantar 3 atlet negaranya ke Olimpik di London. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok piasau
secara besar-besaran di Kg Lumut di simpang 109. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa
aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti
tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari
orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti
terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang
berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani kelawar dan batu2
licin yang tajam bagai sembilu.
Taman cinta yang kita bina dari tanah merah, pasir
putih dan besi kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau pergi. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Dewan Bahasa mula melancarkan bulan bahasa baru-baru ini. Sejak itu kau sering
melarikan diri bila nampak warna bajuku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini
tidak diperlukan lagi. Sejak itu, aku sering menyendiri berbual-bual dengan
pokok mangga dikawasan perpustakaan daerah belait untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang
aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari
aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana
menghilang. Aku cuba
bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak
berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor ketam dibawah rumahku sebagai tanda aku tidak
bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga ku hampir terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku.
Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku
tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak ambuk yg menjadi
kesukaan si Dagung. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari bukit shah bandar dan dihempap oleh pondok tempat meneropong anak
bulan lalu tersungkur di highway muara-tutong lalu dilanggar kereta tangki
minyak hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi
kini.
Kini aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka
makan mi segera. Aku bukan mc gyver, power ranger, mojako, shin chan, son goku,
boboiboy, super mario, Mael Lambung, maskot Awang Budiman,McDonald,
Superman atau kesatria baja hitam ataupun gavan. Aku juga bukanlah ultraman seperti yang kau
idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di
tempat kerjaku bukanlah salahku. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah
menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun mansuh tarikhnya.
Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal
selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan kura-kura dirumahku.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok
mangga belakang garaj ini aku tetap menunggu dan berharap kau akan kembali.
Selagi ada nafas ini, selagi ada Perpustakaan daerah Belait, selagi ada kedai
kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan amuk tidak berpecah, aku
tetap menunggumu sehinggalah mentari menjadi merah dan diletakkan ditengah kain
putih. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya
aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan
rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Mau?:p