Friday 17 August 2012

Luahan Hatiku 2012


Dalam kesuraman ultra lembayung senja ini, tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmiz, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama kucing montelmu menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji,mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut, pasu bunga dan karipap.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Nameck itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Brunei sedang bersiap sedia menghantar 3 atlet negaranya ke Olimpik di London. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok piasau secara besar-besaran di Kg Lumut di simpang 109. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani kelawar dan batu2 licin yang tajam bagai sembilu.

Taman cinta yang kita bina dari tanah merah, pasir putih dan besi kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau pergi. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Dewan Bahasa mula melancarkan bulan bahasa baru-baru ini. Sejak itu kau sering melarikan diri bila nampak warna bajuku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak itu, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok mangga dikawasan perpustakaan daerah belait untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor  ketam dibawah rumahku sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga ku hampir terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak ambuk yg menjadi kesukaan si Dagung. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari bukit shah bandar dan dihempap oleh pondok tempat meneropong anak bulan lalu tersungkur di highway muara-tutong lalu dilanggar kereta tangki minyak hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan mc gyver, power ranger, mojako, shin chan, son goku, boboiboy, super mario, Mael Lambung, maskot Awang Budiman,McDonald, Superman atau kesatria baja hitam ataupun gavan. Aku juga bukanlah ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat kerjaku bukanlah salahku. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun mansuh tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan kura-kura dirumahku.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok mangga belakang garaj ini aku tetap menunggu dan berharap kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada Perpustakaan daerah Belait, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan amuk tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari menjadi merah dan diletakkan ditengah kain putih. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.  Mau?:p

No comments:

Post a Comment