Tuesday 12 January 2016

Taman Rekreasi Luagan Lalak













By nikon 3200


Taman Rekreasi Luagan Lalak terletak kira-kira 25 kilometer dari Sungai Liang di sepanjang Jalan Labi di mana taman ini meliputi kawasan seluas kira-kira 270 hektar di Hutan Simpan Bukit Labi. Ia merupakan sebuah tempat yang menarik dan diseliputi tanah paya dan air tawar. Apabila musim hujan, tasiknya akan dipenuhi air dan apabila musim surut, ia akan menjadi kering. Di taman ini juga mempunyai beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan laluan pejalan kaki sejauh 200 meter di sepanjang tepi tasik.


Sambutan Maulidur Rasul 2015M/1437H di Brunei Darussalam














By Nikon 3200

Friday 8 May 2015

BUKU FOTO DIGITAL MAJLIS PERSANDINGAN 29.03.2015








DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.
Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.
Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad (SELAWAT KEATASNYA) Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepada kamu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua, Pengantin Laki-Laki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan.

BUKU FOTO DIGITAL MAJLIS PERNIKAHAN 22.03.2015












Ya Allah Ya Tuhan kami dengan barakah dan inayah daripadaMu kedua-dua mempelai ini telah selamat diijab kabulkan pada hari yang berbahagia ini, maka Engkau berkatilah pasangan ini dan Engkau suburkanlah perasaan kasih sayang dan lemah lembut antara mereka berdua. Ya Allah sesungguhnya pasangan ini telah mengikut sunnah NabiMu Muhammad s.a.w maka tunjukkanlah pada mereka jalan ketaqwaan dan petunjukMu. Panjangkanlah umur kedua mempelai ini di dalam kesenangan dan kebahagiaan, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.

Ya Allah Engkau jadikanlah kedua-duanya qanaah (merasa cukup) dengan apa yang Engkau rezekikan dan sentiasa memelihara rumah tangga mereka. Kurniakanlah mereka kesabaran dan ketenangan di dalam menghadapi segala cubaan hidup berumah tangga yang penuh pancaroba lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Rezekikanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta taat pada kedua ibu bapanya.

Ya Allah sempurnakanlah nikmat-nikmatMu dan luaskanlah rezeki kedua-dua mempelai ini, peliharalah kedua-duanya daripada akhlak-akhlak yang buruk hasil bisikan jin dan syaitan yang sentiasa cemburu terhadap anak Adam yang mendirikan rumah tangga.
Ya Allah, limpahkanlah kepada pasangan pengantin ini cinta yang Engkau jadikan pengikat rindu Rasulullah s.aw dan Khadijah, yang engkau jadikan mata air kasih sayang Saidina Ali  dan Saidatina Fatimah , yang Engkau jadikan penghias keluarga nabiMu yang suci. 
Ya Allah, kami memohon redhaMu, satukanlah keduanya sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam beribadat kepadaMu.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

amin ya raabbil alamin walhamdulilliahi rabbil alamin

SETELAH SEKIAN LAMA

lama juga blog ini terlupakan.POST TERAKHIR saja dalam tahun 2012.agak terlalu lama kan?

bolehkah log ini hidup semula?kita akan cuba ye....semoga selepas ini blog ini akan sukeses ya.....





blog ini akan hidup semula dan inilah yang dikatakan

MATI HIDUP SEMULA

Lirik Lagu 
Mati Hidup Semula - Jamal Abdillah

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula



Friday 17 August 2012

Luahan Hatiku 2012


Dalam kesuraman ultra lembayung senja ini, tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmiz, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama kucing montelmu menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji,mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut, pasu bunga dan karipap.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Nameck itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Brunei sedang bersiap sedia menghantar 3 atlet negaranya ke Olimpik di London. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok piasau secara besar-besaran di Kg Lumut di simpang 109. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani kelawar dan batu2 licin yang tajam bagai sembilu.

Taman cinta yang kita bina dari tanah merah, pasir putih dan besi kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau pergi. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Dewan Bahasa mula melancarkan bulan bahasa baru-baru ini. Sejak itu kau sering melarikan diri bila nampak warna bajuku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak itu, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok mangga dikawasan perpustakaan daerah belait untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor  ketam dibawah rumahku sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga ku hampir terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak ambuk yg menjadi kesukaan si Dagung. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari bukit shah bandar dan dihempap oleh pondok tempat meneropong anak bulan lalu tersungkur di highway muara-tutong lalu dilanggar kereta tangki minyak hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan mc gyver, power ranger, mojako, shin chan, son goku, boboiboy, super mario, Mael Lambung, maskot Awang Budiman,McDonald, Superman atau kesatria baja hitam ataupun gavan. Aku juga bukanlah ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat kerjaku bukanlah salahku. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun mansuh tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan kura-kura dirumahku.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok mangga belakang garaj ini aku tetap menunggu dan berharap kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada Perpustakaan daerah Belait, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan amuk tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari menjadi merah dan diletakkan ditengah kain putih. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.  Mau?:p

Thursday 10 September 2009

FW: Ramadhan Kareem





From: djah_1010@hotmail.com



SALAM RAMADHAN AL MUBARAK TULUS IKHLAS DARI SAYA

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

PERBANYAKKAN AMAL DI BULAN INI

HIDUPKAN MALAM RAMADHAN DENGAN SOLAT TERAWIH

BASAHKAN BIBIR DENGAN ZIKRULLAH

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BERMAKNA BAGI KITA SEMUA

AMIN...